Tuesday, March 20, 2012

Ahlan wa sahlan ila SK Jemukan


SK Jemukan telah menerima kehadiran 3 orang guru pelatih KPLI j-QAF untuk tahun ini. Kehadiran mereka telah menjadikan jumlah guru j-QAF SK Jemukan pada masa ini ialah seramai 6 orang dengan 3 opsyen Bahasa Arab dan 3 lagi opsyen Pendidikan Islam. Diharap, dengan pertambahan mereka, akan dapat membantu di dalam merealisasikan hasrat Panitia untuk "Melahirkan Generasi Celik al-Quran". Berikut ialah guru-guru pelatih KPLI j-QAF yang baru SK Jemukan:

USTAZ NORHAFIZ BIN ISMAIL
(PAHANG)

USTAZAH NOR KAMISAH BINTI ABDULLAH @ ABD. RAZAK
(PAHANG)

USTAZAH NOR HAFIZA BINTI HARON
(KEDAH)


Kem Bestari Solat Siri 1/2012

Pada 2 Mac 2012 Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan telah bersetuju untuk mengadakan KBS Siri 1/2012 yang melibatkan semua pelajar tahun 1 sehingga 6. Fokus untuk kem yang pertama ini ialah kesempurnaan wudhu' dan bacaan solat pelajar. Kem kali ini turut melibatkan semua guru KAFA yang bertugas di sekolah.

Teori wudhu' di dalam kelas

Kena paksa hafal doa selepas wudhu'


Amali solat Asar berjamaah

Khusyuk melaksanakan solat
Bersalaman selepas menunaikan solat