Sunday, April 1, 2012

MTQ 2012

Sekalung tahniah diucapkan kepada kontijen Majlis Tilawah al-Quran 2012 peringkat daerah Asajaya. Seramai 4 peserta yang terlibat masing-masing melalui acara Tilawah al-Quran dan bercerita kisah nabi. Hasil usaha yang berterusan dan bimbingan yang diberikan, alhamdulillah, pada kali ini SK Jemukan telah mendapat JOHAN pertandingan bercerita kisah nabi bagi peserta lelaki dan tempat ketiga bagi tilawah al-Quran bagi kedua-dua kategori.

Adik Syazani menerima penghargaan daripada Guru Besar (JOHAN Pertandingan Bercerita)



Dari kiri: Adik Syafiqah, Adik Syazani dan Adik Ismawi bersama piala masing-masing

Untuk makluman, Adik Syazani akan mewakili sekolah untuk daerah Asajaya ke pertandingan peringkat bahagian Samarahan. Semoga, kecermelangan yang dibina dapat diteruskan lagi pada masa yang mendatang.


Tuesday, March 20, 2012

Ahlan wa sahlan ila SK Jemukan


SK Jemukan telah menerima kehadiran 3 orang guru pelatih KPLI j-QAF untuk tahun ini. Kehadiran mereka telah menjadikan jumlah guru j-QAF SK Jemukan pada masa ini ialah seramai 6 orang dengan 3 opsyen Bahasa Arab dan 3 lagi opsyen Pendidikan Islam. Diharap, dengan pertambahan mereka, akan dapat membantu di dalam merealisasikan hasrat Panitia untuk "Melahirkan Generasi Celik al-Quran". Berikut ialah guru-guru pelatih KPLI j-QAF yang baru SK Jemukan:

USTAZ NORHAFIZ BIN ISMAIL
(PAHANG)

USTAZAH NOR KAMISAH BINTI ABDULLAH @ ABD. RAZAK
(PAHANG)

USTAZAH NOR HAFIZA BINTI HARON
(KEDAH)


Kem Bestari Solat Siri 1/2012

Pada 2 Mac 2012 Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan telah bersetuju untuk mengadakan KBS Siri 1/2012 yang melibatkan semua pelajar tahun 1 sehingga 6. Fokus untuk kem yang pertama ini ialah kesempurnaan wudhu' dan bacaan solat pelajar. Kem kali ini turut melibatkan semua guru KAFA yang bertugas di sekolah.

Teori wudhu' di dalam kelas

Kena paksa hafal doa selepas wudhu'


Amali solat Asar berjamaah

Khusyuk melaksanakan solat
Bersalaman selepas menunaikan solat



Thursday, February 16, 2012

Transformasi Bilik j-QAF SK Jemukan

Sedikit Usaha daripada kami....






Sambutan Maulidurrasul Peringkat SK Jemukan 2012

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul 1433H/2012M pada 16 Februari 2012. Acara bermula dengan solat zohor berjamaah, jamuan dan diikuti pertandingan kisah-kisah nabi yang melibatkan pelajar tahap 2 SK Jemukan. Majlis berakhir sekitar jam 4 petang. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini...

Gambar sepanjang aktiviti:

Mohon keberkatan dari yang Esa...bacaan doa oleh Ustaz Nurhafiz B Ismail

Alunan bacaan al-Quran oleh adik Ismawi B Sarbini

Ucapan aluan oleh PK KK: Cikgu Saruji Naneng

Taklimat pertandingan oleh Ketua Panitia PIjQAF: Ustaz Muhammad Sabri

Para hakim yang arif lagi bijaksana

Gelagat peserta..adik Ghalib tidak hafal cerita.. :)

Gaya tersendiri..adik Farah ketika menyampaikan cerita

Alunan Selawat Jamaie oleh guru-guru SK Jemukan

Pengumuman keputusan oleh Ketua Jemaah Hakim: Cikgu Saat Seron

Johan: Adik Syazani

Naib Johan: Adik Fatin Najwa Ayuni

Ketiga: Adik Farisa Irwayu

Monday, February 6, 2012

Khatam al-Quran Perdana 2011


Gambar sekitar majlis Khatam al-Quran Perdana 2011

Pentas Khatam al-Quran..tema kuning diraja

Kancong kalam (Cenderamata) untuk VIP

Wajah pelajar diarak mengeliling kampung...

Ketibaan VIP: Ustaz Wan Zalmi

Cenderahati untuk guru al-Quran dan pelajar

Ucapan tetamu jemputan: Ustaz Wan Zalmi

Ucapan Guru Besar: Cikgu Sejeli Saat

Persembahan Nasyid daripada pelajar

Bacaan Khatam al-Quran daripada pelajar

Penyampaian cenderahati kepada pelajar

Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan

Wajah ceria selepas tamat majlis


Sunday, October 23, 2011

Ujian Penggal Kedua

Ujian seragam penggal kedua 2011 dijalankan serentak untuk seluruh daerah Samarahan bermula 24 - 25 Oktober 2011. Ujian berhenti rehat bagi memberi laluan kepada perayaan Deepavali pada 26 - 28 Oktober 2011. Ujian akan bersambung semula pada 31 Oktober 2011. Selamat menduduki ujian kepada semua pelajar SK Jemukan. Semoga beroleh kecemerlangan...