Thursday, February 16, 2012

Sambutan Maulidurrasul Peringkat SK Jemukan 2012

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul 1433H/2012M pada 16 Februari 2012. Acara bermula dengan solat zohor berjamaah, jamuan dan diikuti pertandingan kisah-kisah nabi yang melibatkan pelajar tahap 2 SK Jemukan. Majlis berakhir sekitar jam 4 petang. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini...

Gambar sepanjang aktiviti:

Mohon keberkatan dari yang Esa...bacaan doa oleh Ustaz Nurhafiz B Ismail

Alunan bacaan al-Quran oleh adik Ismawi B Sarbini

Ucapan aluan oleh PK KK: Cikgu Saruji Naneng

Taklimat pertandingan oleh Ketua Panitia PIjQAF: Ustaz Muhammad Sabri

Para hakim yang arif lagi bijaksana

Gelagat peserta..adik Ghalib tidak hafal cerita.. :)

Gaya tersendiri..adik Farah ketika menyampaikan cerita

Alunan Selawat Jamaie oleh guru-guru SK Jemukan

Pengumuman keputusan oleh Ketua Jemaah Hakim: Cikgu Saat Seron

Johan: Adik Syazani

Naib Johan: Adik Fatin Najwa Ayuni

Ketiga: Adik Farisa Irwayu

No comments:

Post a Comment