Tuesday, September 13, 2011

KSSR dan PBS

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan mulai tahun ini (2011) telah mengambil pelajar Tahun 1 diseluruh negara sebagai kumpulan pertama yang melaksanakan program KSSR ini. Ia merupakan suatu penambahbaikan terhadap standard kurikulum kebangsaan yang pada pandangan saya ianya ringkas, tetapi menyeluruh. Kebanyakan guru menyambut baik transformasi kurikulum ini kerana ianya lebih mudah dilaksanakan.

Namun begitu, dalam mudah, ada susahnya juga. Ini kerana semua guru matapelajaran perlu melaksanakan PBS secara berterusan kepada semua pelajar. Ini adalah sebagai penanda aras untuk tidak membiarkan ada pelajar tercicir di dalam menguasai sesuatu standard pembelajaran. Tetapi.....apa itu PBS? Program Bikin Susah??? Penilaian Buat Sendiri???

PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ia merupakan satu kaedah penilaian pelajar secara berterusan bagi memastikan pelajar dapat memenuhi standard yang ditetapkan mengikut Dokumen Standard Kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap matapelajaran. Bagaimana menilai? Penilaian atau pentaksiran dibuat dengan berpandukan Dokumen Standard Prestasi yang turut disediakan. Bagaimana merekod? Rekod pentaksiran boleh dibuat secara manual dahulu, kemudian di 'key-in' ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Panduan pengunaan SPPBS telah ditaklimatkan oleh SUP sekolah masing-masing. Di sinilah bebanan tugas guru itu meningkat dan kembali menjadi kerani. Tidak kira bagi yang ada kemudahan unternet mahupun tidak, masa untuk mengisi pentaksiran elajar memakan masa kerana ia bukannya dua kali setahun, tetapi pengisian yang memerlukan kita untuk mengisinya setiap bulan.

Apa-apa pun perubahan yang telah dilaksanakan, kita hendaklah menerima dengan sikap positif. Mungkin pada saat ini kita tidak melihat kesannya, mungkin disuatu hari nanti kita akan melihat keberkesanannya. Walaupun perhatian guru sudah kurang terhadap pelajar dek kekangan masa untuk menghadap komputer, semaikanlah rasa kasih sayang kita sebagai pendidik agar mereka tidak rasa terabai kerana kesibukan tugas kita.

No comments:

Post a Comment